Perbalahan terjadi sewaktu aku dan ibu berbincang tentang adik
ke-2. Ibu memberitahu yang adik aku akan tinggal di rumah sewa pekerja. Lalu
aku berkata kepada ibu,
“Boleh percaya ke? Sepatutnya kita halang die bekerje sejak
dari mula lagi”
Ibu balas “ek eh, biarlah die cari duit sendiri !”
Aku menambah “Tapi
ilmu agama die masih kurang, macamana nak biarkan die hidup sendiri kat luar ”
“Nanti die dah kawin, biarlah suami die bimbing die” kata
ibu.
“Ilmu agama kene cari dari muda, ma. Kite sepatutnya
galakkan belajar ilmu agama dulu, kita kene galakkan minat membaca, semua tu
kene ada galakan”.
Ibu yang terasa di kritik terus mengungkapkan kata-kata ini,
“Kau cakap macam kami (mama dan papa) silap didik korang”.
Aku tersentak, lalu
mendiamkan diri seketika. Jauh didalam hati aku hendak mengatakan kepada ibu
yang mereka (mama dan papa) telah silap mendidik kami. Lalu dalam nada yang
rendah aku katakan “kita sama-sama nak memperbaiki diri” dan perbualan terhenti
di situ. Tidak mahu perbualan anak dan ibu menjadi satu pertengkaran, aku
mendiamkan diri, memendam rasa bersalah mengucapkan kata-kata yang mengguris
hati ibu.
Cuma yang aku pendam adalah impian menghidupkan ruh Islam
dan budaya ilmu dalam keluarga. Aku ingin lihat ibu dan ayah ku dijadikan contoh
oleh adik-adik. Ingin lihat adik-adik ku hormati dan taat kepada mereka.
Teringat pula ayat AlQuran dalam surah atTahrim ayat yang ke
6 mafhumnya : “Selamatkan dirimu dan keluargamu dari api neraka”
No comments:
Post a Comment