Perkara ini berlaku ketika kami berada di dapur rumah seusai kembali dari masjid selepas solat Isya'. Aku letakkan beg di atas kerusi tempat aku selalu mentelaah pelajaran di sebuah meja makan. Meja ini hanya digunakan khas untuk majlis keraian sahaja. Jarang-jarang digunakan untuk waktu makan pada hari kebiasaannya. Jadi, aku lah yang selalu mengisi ruang menggunakannya apabila perasaan mula bosan menggunakan meja belajar yang ada dalam bilik tidurku.
Setelah aku meletakkan beg, lastas aku masuk ke dapur dengan memberi salam, ibuku berada di ruangan dapur. Lalu aku ambil pinggan, untuk makan malam, ibu menyuruhku ambil pinggan yang berada di dalam bekas susun atur pinggan, namun aku mencapai terlebih dahulu pinggan yang berada di kabinet bahagian atas.
"Gunekan pinggan yang ade kat situ (bekas susun atur pinggan), senang nanti, tak banyak pinggan yang ade dalam ni (bekas susun atur pinggan)" Ibu memerintah.
Aku diam lalu aku senduk nasi yang ada dalam periuk elektrik.
"Itulah korang, tak nak dengar lagi cakap mama lagi dah, nak ikut cakap korang jeeee !" Nada ibu kesal lalu beredar.
"Nanti abang susun balik pinggan, jangan risau" jawab aku.
Aku tidak ikut peintah ibu kerana aku punya pilihan sendiri. Aku tidak letak kembali pinggan yang aku ambil dari tempat yang ibu suruh kerana beralasan pinggan dari manapun sama. Untuk menambah alasan, aku tidak mahu pening-pening letak kembali pinggan yang telah diambil.
Satu suapan nasi aku masuk ke mulut. Hati terdetik, derhakakah aku? Ah, sungguh aku ego, kerana memilih jalanku sendiri. Sedangkan yang lebih aku taat adalah arahan ibuku. Menyesal. Bisikan syaitan selalu diikuti oleh orang yang ego.
No comments:
Post a Comment