“Telah datang kepada kalian bulan Ramadhan, bulan yang penuh berkah. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu syurga dan menutup pintu-pintu neraka.”
Rasulullah s.a.w. akan menyampaikan kabar gembira kepada para sahahabat setiap kali datang bulan Ramadhan. Justeru, aku berasa perlu untuk mendidik jiwa untuk turut sama berasa gembira atas mendirikan ibadah fadhu puasa. Tidak dinafikan aku pernah berasa tidak senang suatu ketika dahulu apabila hampir dengan bulan puasa. Alhamdulillah aku diberi tenaga dan semangat pada tahun ini untuk membuat persiapan.
Antara perkara yang dapat mencetus semangat kegembiraan menyambut bulan puasa :
1. Berpuasa sunnat dibulan Rejab dan Syaaban
Sering juga aku tertinggal untuk berpuasa sunat oleh kerana lupa berniat.
2. Countdown
Satu perkara yang aku tidak pernah lakukannya. Tapi aku percaya ia boleh membantu zahirkan rasa gembira kerana dapat mencetus perasaan berdebar-debar apabila semakin hampir dengan bulan yang dinanti-nanti.
3. Tingkatkan ibadah sunat
Ibadah ini seperti membaca alQuran, memahami maknanya, mencatit pengajaran dari ayat dibaca, serta menghafal. Jikalau hafalan sedikit demi sedikit pun telah memadai. Solat sunat seperti dhuha, qabliah, baa'diah, dan witir juga salah satu persedian dan latihan.
4. Ucapan kepada sahabat
Menurut Ustaz Zulfadhli, guru bahasa Arab aku, ucapan yang biasanya diucapkan kepada rakan-rakan adalah 'Ramadhan Karem' dan dibalas dengan 'AllahuAkram' yang bermaksud "Allah itu lebih mulia". Selain itu juga ucapan "Kullu Ammin wa antum bilkhair" sesuai diucapkan yang bermaksud 'moga kamu mendapat kebaikan di sepanjang tahun'. Begitulah amalan orang-orang mukmin, saling doa mendoakan.
Menurut Ustaz Zulfadhli, guru bahasa Arab aku, ucapan yang biasanya diucapkan kepada rakan-rakan adalah 'Ramadhan Karem' dan dibalas dengan 'AllahuAkram' yang bermaksud "Allah itu lebih mulia". Selain itu juga ucapan "Kullu Ammin wa antum bilkhair" sesuai diucapkan yang bermaksud 'moga kamu mendapat kebaikan di sepanjang tahun'. Begitulah amalan orang-orang mukmin, saling doa mendoakan.
5. Banner dan Bendera
Tahun ini aku perlu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang AJK masjid. Aku mencadangkan kepada ahli-ahli yang lain untuk menempah banner. Tetapi satu perkara aku tidak bincangkan kepada sahabat-sahabat AJK, iaitu menaikkan bendera. Aku telah menempah 4 helai bendera. Warna bendera tersebut adalah hijau dan putih yang berukuran 6X3 kaki. Semua ini adalah atas tujuan menyemarakkan semangat juang menjalani ibadah fardhu puasa. Selain itu, apabila masjid kelihatan ceria, secara tidak langsung perasaan gembira akan hadir dalam hati, Insya Allah.
No comments:
Post a Comment