Monday, 9 September 2013

Warna Warni Subang

Assalamalaikum dan Salam Hormat.

Ramai yang gemar menceritakan tempat-tempat menarik yang dilawati semasa percutian mereka. Tetapi saya memilih untuk menceritakan perkara-perkara yang menarik di kawasan tempat tinggal saya. Secara ringkas, tempat ini namanya Daerah Subang dan ia terletak dalam Negeri Selangor Darul Ehsan yang juga berada diantara Bandar Shah Alam dan Subang Jaya. Kelihatan comel daerah Subang dihimpit di tengah-tengah peta Negeri Selangor.
1. Masjid Attaqwa, Desa Subang Permai

Yang pertama sekali yang akan saya ceritakan adalah tentang Masjid At Taqwa, Desa Subang Permai Seksyen U5 yang menjadi tempat tumpuan menyampaikan ilmu kepada masyarakat setempat.

Kuliah yang hampir setiap hari dijalankan disampaikan oleh ustaz-ustaz yang berpengetahuan luas dalam bidang agama dan menarik minat orang ramai menimba ilmu. Lokasinya yang terletak bersebelahan jalan Sg. Buloh - Shah Alam juga menjadikanya destinasi perhentian untuk menarik nafas sabelum meneruskan perjalanan.

2. Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS)

Selain itu Masjid tersebut, tempat yang menarik di Subang sudah tentulah Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, ataupun ia lebih dikenali dengan panggilan Terminal 3. Untuk pengetahuan anda kini lapangan terbang ini telah dinaik taraf dan diberi nama SkyPark Terminal. Reka bentu futuristik di bahagian dalam menjadikan ia ikon bangunan terbaik di daerah Subang.


3. Kilang Memproses Soya

Sesuatu yang tidak boleh dilepaskan sekiranya anda berada di Kg. Subang adalah menikmati kesegaran susu Soya diproses segar terus dari kilang. Ada boleh dapatkannya di Jalan Jati, Kg. Melayu Subang. Pasti anda dapat rasakan kelainannya berbanding produk komersil dalam bentuk tin di kedai-kedai.


Sekian sahaja setakat ini yang boleh dikongsi. Insya Allah, akan menceritakan tentang destinasi-destinasi menarik pada masa akan datang.

Assalamalaikum.
Syahmir Anshun